Terma dan Syarat Pertandingan Kacau Bubur Asyura Mega Masjid Al Rahmah Mergong 2024
1. Maklumat Am
- Tarikh: Sabtu, 20 Julai 2024
- Tempat: Perkarangan Masjid Al Rahmah Mergong, Alor Setar
- Masa: 8:00 pagi - 1:30 tengahari
2. Penyertaan
- Penyertaan terhad kepada 15 kumpulan sahaja
- Setiap kumpulan dihadkan kepada 10 orang ahli
- Yuran penyertaan: RM100 setiap kumpulan (dibayar pada hari pertandingan)
- Tarikh tutup pendaftaran: Khamis, 18 Julai 2024
- Pendaftaran wajib dibuat melalui laman web rasmi masjid
3. Peraturan Pertandingan
- Peserta perlu membawa bahan dan peralatan masakan sendiri
- Sukatan memasak maksimum: 3kg tepung
- Pihak masjid akan menyediakan tong gas memasak dan bekas plastik
- Masa memasak: 9:00 pagi - 12:00 tengahari (3 jam)
4. Kriteria Penilaian
- Tekstur
- Rasa
- Kreativiti
- Persembahan
- Kebersihan
- Penilaian akan dilakukan oleh 3 orang juri profesional dan jemputan
5. Hadiah
- Hadiah Pertama: RM500
- Hadiah Kedua: RM300
- Hadiah Ketiga: RM200
- Hadiah saguhati untuk peserta lain
6. Kemudahan Disediakan
- Jamuan sarapan pagi dan makan tengahari untuk semua peserta
- Peserta digalakkan membawa juadah potluck dari rumah untuk dikongsi bersama
7. Tentatif Program
- 8:00 pagi: Pendaftaran
- 8:30 pagi: Taklimat peserta
- 9:00 pagi: Mula memasak
- 12:00 tengahari: Berhenti memasak
- 12:30 tengahari: Penilaian juri
- 1:00 tengahari: Penyampaian hadiah & pembungkusan bubur
8. NGO Terlibat
- MACMA
- PERKIM
- PRIHATIN
- Hidayah Centre Foundation
9. Syarat-syarat Tambahan
- Pihak penganjur berhak mengubah mana-mana terma dan syarat tanpa notis awal
- Keputusan juri adalah muktamad
- Peserta wajib mematuhi segala arahan penganjur sepanjang pertandingan berlangsung
10. Penafian
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kehilangan atau kerosakan harta benda peserta semasa pertandingan
Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan.